nuffnang

Friday, July 16, 2010

Onar dalam kebun getah

KUALA PILAH: Nafsu serakah tidak mengenal usia. Itulah kisah malang dialami seorang nenek berusia 68 tahun apabila menjadi mangsa kerakusan seorang lelaki ketika menoreh di sebuah kebun getah, di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, nenek malang itu dikatakan menjadi mangsa cabul seorang lelaki berusia 50-an yang juga penoreh getah ketika berseorangan di kawasan itu selepas dikatakan tiba-tiba ghairah melihat warga emas berkenaan lalu menghampirinya dan menolaknya hingga terjatuh.


Suspek yang seolah-olah dirasuk syaitan kemudian menindih badan wanita berkenaan menyebabkan mangsa ketakutan dan tidak berani melawan.


Suspek kemudian bertindak ganas dengan membuka pakaiannya sebelum mencabul mangsa.


Sumber berkata, lebih teruk lagi, lelaki yang sudah beristeri dan mempunyai beberapa anak itu dikatakan turut mengajak mangsa melakukan hubungan seks, namun ditolak.


Katanya, suspek yang tidak berputus asa untuk menjayakan kerja jahatnya itu dikatakan beberapa kali merayu, namun tidak diendahkan wanita terbabit.


“Selepas lebih 10 minit mencabul mangsa, suspek akhirnya mengalah dan meninggalkan wanita itu seorang diri di kebun getah berkenaan.


“Wanita itu yang terkejut dengan perbuatan suspek pulang ke rumah sebelum membuat laporan polis,” katanya.


Menurutnya, suspek dan wanita itu dikatakan menoreh di kebun bersebelahan menyebabkan dia mengambil kesempatan mencabul kehormatan mangsa.


Harian Metro difahamkan, sepasukan polis yang menerima maklumat mengenai kejadian itu terus menyiasat. Beliau berkata, suspek diberkas ketika sedang menoreh di kebunnya sehari selepas polis menerima laporan mangsa.


Katanya, lelaki itu direman reman bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Jaafaf Baba yang mengesahkan kejadian, berkata polis masih menyiasat kes itu.


p/s: camne la org yg layak kite gelar datuk atau pakcik...masih berpelakuan budak2....adakah mereka masih tidak sedar akan usia mereka....hurm...dunia......

Thursday, July 8, 2010

Nafsu seks wanita pertengahan usia lebih kuat

DALLAS – Satu kajian terbaru di Amerika Syarikat (AS) mendapati wanita suka menikmati seks semasa usia mereka menghampiri 40 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Kajian yang dilakukan oleh sekumpulan ahli akademik Universiti Texas itu menyatakan nafsu seks wanita lebih tinggi pada peringkat usia 30-an dan awal 40-an disebabkan faktor psikologi.

Pada usia tersebut, wanita menyedari mereka semakin menghampiri menopaus yang mengurangkan tahap kesuburan dan peluang mendapatkan anak sekali gus menyebabkan keinginan seks mereka meningkat.

Kajian berbentuk kaji selidik itu melibatkan hampir 900 wanita yang dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu responden dengan kesuburan tertinggi (berusia 19 tahun hingga 26 tahun), mereka yang tahap kesuburannya menurun (berusia di antara 27 tahun hingga 45 tahun) dan golongan yang menghampiri atau telah mengalami menopaus.

"Hasil kajian menunjukkan wanita dengan tahap kesuburan menurun sebenarnya memiliki keinginan seks yang lebih tinggi dan lebih aktif melakukan hubunganseks berbanding wanita subur," kata seorang penyelidik berkenaan, Profesor David Buss.

Menurutnya, wanita pertengahan usia juga lebih kerap berfantasi mengenai seks berbanding wanita muda di samping lebih cenderung menjalin hubungan sulit terutamanya dengan lelaki lebih muda.

"Saya kerap mendapati wanita berusia lewat 30-an lebih gemar 'berseronok' (terbabit dalam aktiviti seks). Mungkin keadaan ini berlaku tanpa disedari mereka atau mereka sedar mengenainya," kata seorang pakar seks, Dr. Pam Spurr. – Agensi

Beratus-ratus tak tahan gelombang panas maut

TOKYO: Penduduk di seluruh dunia kini merasai kesan gelombang panas yang dijangka berlarutan.

Malah, cuaca panas dianggap penyebab kebakaran di kota Kanada, Toronto hingga memutuskan bekalan kuasa selain menjejaskan lawatan Ratu Elizabeth.
Kesan kepanasan paling teruk dilaporkan di Russia apabila 300 maut dan kematian pada satu hari mencatat 63 orang.
Kebanyakan mangsa lemas ketika cuba mencari jalan menyejukkan diri daripada gelombang panas sehingga 37 darjah Celcius yang melanda seluruh negara itu.

Ramai yang melompat ke dalam sungai atau tasik untuk sejuk tetapi menemui ajal kerana tidak menghiraukan amaran supaya mengelak lokasi tertentu yang dalam atau tidak berada dalam keadaan mabuk ketika menyejukkan diri masing-masing.

Seorang pegawai berkata: Minggu lalu, 285 orang maut kerana lemas apabila tidak mengikut arahan melakukannya di tempat yang ada kemudahan atau berada dalam keadaan mabuk.

Di Taiwan, seorang lelaki yang cuba mengelak daripada bahang panas menemui ajal apabila masuk ke dalam bilik ais dan ditemui dalam keadaan beku selepas tertidur.
Suhu dilaporkan mencapai 37 darjah Celcius di Taiwan. Keadaan yang sama juga dilaporkan di negara lain di Asia termasuk China, India dan Pakistan.

Beberapa kawasan di utara China termasuk Beijing, Hebei dan Shaanxi selain wilayah timur, Shandong province, mencatat suhu 38 hingga 40 darjah Celcius.
Malah, di Perancis, laporan mengatakan bukan saja manusia tetapi juga haiwan cuba mencari jalan mengelak cuaca panas.

Di ibu kota Belgium, Brussels, suhu dilaporkan mencapai tahap tertinggi sejak 1976 ketika penduduk bersedia memulakan percutian musim panas.

Bandar raya itu yang biasa mendung mencatat suhu 40 darjah Celcius. Di Jerman, suhunya juga melepasi 30 darjah Celcius menyebabkan ramai penduduk berehat dekat kolam dan pancutan air di taman seluruh negara itu.

Rantau timur laut Amerika Syarikat tidak terkecuali daripada fenomena gelombang panas apabila mencapai suhu 38 darjah Celcius dan lebih tinggi di bandar utama termasuk New York, dan Washington. - Agensi

Motivasi : Buatlah Kebaikan, Kebaikan Akan Datang

Di sebuah tasik yang besar ada 2 orang pemancing yang paling hebat antara ratusan pemancing yang ada. Pemancing A dan pemancing B. Ilmu memancing mereka tidak mampu ditandingi. Setiap kali memancing, pasti banyak ekor ikan yang mereka perolehi.

Disebabkan kehebatan memancing mereka, lalu sekumpulan pemancing lain ingin belajar memancing daripada mereka berdua.

Pemancing A berkata, "jika saudara semua ingin belajar memancing dengan saya. Saudara semua perlu membayar saya yuran kursus memancing sebanyak RM400 seorang."

"wah! Mahalnya. Kenapa terlalu mahal? Kami juga mencari rezeki dengan memancing dan hasil yang kami perolehi tidak sehebat tuan," kata sekumpulan pemancing.

"Jika saya berikannya secara murah atau percuma, kamu pasti tidak akan menghargai ilmu saya. Juga, jika saya berikan ilmu saya kepada kamu semua, kamu pasti akan pandai memancing. Jadi bagaimana saya mahu memperolehi rezeki yang banyak lagi jika kamu semua sudah pandai memancing. Kamu akan mengganggu hasil tangkapan saya."

Sekumpulan pemancing itu berbincang sesama sendiri. Mereka mengambil keputusan tidak mahu belajar dengan pemancing A. Mereka bertemu pula dengan pemancing B.

"Salam sejahtera saudara semua. Seperti ada hajat baik datang berjumpa dengan saya." Sambut pemancing B.

"Kami berhajat untuk belajar memancing dengan tuan. Kami dapat tahu tuan pemancing yang hebat," kata sekumpulan pemancing itu.

"saya tidaklah hebat. Tuan-tuan boleh belajar memancing dengan saya."

Pemancing B sudi mengajar sekumpulan pemancing dengan cara yang betul.

"Boleh kami tahu berapa yurannya?" tanya sekumpulan pemancing.

"tiada yuran, tapi ada dua syaratnya. Pertama, saya tidak mempunyai wang untuk menyediakan umpan dan juga peralatan memancing. Jadi tuan-tuan perlu sediakan atau boleh berikan saya sedikit wang untuk saya cari umpan yang terbaik. Kedua. Jika tuan-tuan pergi memancing, Jangan lupa menjemput saya. Tidaklah saya bosan memancing sorang-sorang." Kata pemancing B.

"Baiklah, kami setuju." Sahut sekumpulan pemancing dengan gembira.

Mereka belajar memancing dari sehari ke sehari sehingga mahir. Kini, setiap kali memancing, pasti sekumpulan pemancing tadi mendapat banyak ikan.

Apabila mendapat ikan yang banyak, mereka akan berikan kepada pemancing B beberapa ekor ikan hasil tangkapan mereka sebagai hadiah tanda penghargaan ilmu yang telah diberikan kepada mereka.

Apabila pemancing lain mengetahu hal ini, lebih ramai lagi yang ingin belajar daripada pemancing B. Apabila mereka mahir, mereka menghadiahkan dengan pelbagai bentuk hadiah tanda penghargaan. Hadiah dan penghargan mereka tidak pernah putus apabila mereka mendapat tangkapan ikan yang banyak.

Ada yang beri dalam bentuk wang dan ada juga memberikan ikan hasil tangkapan mereka kepada pemancing B. Pemancing B juga mendapat ramai kawan. Kehidupan pemancing B semakin tenang dan bahagia.

+

Pemancing B ikhlas membantu tanpa mengharapkan malah tidak pernah terfikir tentang balasan yang diterimanya. Tetapi Allah SWT memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.

Yakinlah pada Allah SWT bahawa rezeki pasti ada untuk mereka yang sentiasa ingat Allah SWT. Menjadi masalah utama apabila kita terlalu bimbang dengan rezeki yang ada sedangkan urusan rezeki adalah urusan Allah SWT.

Kita memerlukan rezeki, memerlukan wang dan sebagainya tetapi keyakinan di dalam memperolehinya sentiasa rendah. Kita tidak yakin dengan melakukan kerja dengan ikhlas

Yakinlah rezeki pasti datang dari arah yang tidak disangka-sangka setelah kita melakukan sesuatu dengan ikhlas. Yang lebih menggembirakan dengan keikhlasan, kita akan lebih tenang dan gembira kerana pasti ramai yang sudi berkawan dan menuntut ilmu dengan kita.

Bagaimana untuk ikhlas..? Komunikasikah dengan Allah memohon ikhlaskan jiwa kita..

"Ya Allah.. aku rasa tak ilhlas nak buat kerja ni Ya Allah. Tapi Ya Allah, Engkau meminta untuk aku ikhlas Ya Allah, Engkau ikhlaskanlah jiwa aku ini Ya Allah. Bantulah aku Ya Allah. Janganlah aku ini fikir duit saja Ya Allah di dalam melakukan pekerjaan Ya Allah. Aku yakin Engkau akan beri rezeki pada aku Ya Allah. Ikhlaskanlah aku… Terima kasih Ya Allah.. terima kasih Ya Allah.. Aminn.. ya rabbal alaminn…"

Semoga cerita tersebut dikenang sentiasa… Dengan izin Allah

Tuesday, July 6, 2010

balasan satu dirham

Fudhail bin Iyadh menuturkan bahawa seseorang bercerita padanya:

Seorang lelaki keluar dengan membawa hasil tenunan, yang dijualnya berharga satu dirham.
Dengan wang sejumlah itu ia berharap dapat membeli tepung, tetapi di tengah jalan dia melintasi dua orang yang sedang bergaduh, seraya bertanya: "Ada apa ini?"

Seseorang mengkhabarkan: "Mereka sedang berebut satu dirham"

Lantas lelaki itupun spontan memberikan dirham hasil penjualan tenunan itu pada keduanya, sementara ia tak punya apa pun selain dirham yang diberikan itu.

Ketika datang menjumpai isterinya, dia ceritakan tentang apa yang sudah terjadi. Kemudian sang isteri mengumpul perkakas rumahnya, dan lelaki itu kembali berangkat menjual perkakas rumahnya itu.

Namun jualannya tidak laku dan ia hanya berjumpa dengan si pembawa ikan yang telah busuk.

Kepada si penjual ikan, lelaki itu berkata: "Engkau memikul dagangan yang tidak laku, saya pun membawa barang yang tidak terjual. Bagaimana jika kau jual ikan itu dengan dibayar barang ini?"

Kedua sepakat dan orang itupun pulang dengan membawa ikan yang sudah berbau busuk.

"Bangunlah, masaklah ikan ini. Kita nyaris meninggal kerana kelaparan" ucap lelaki itu kepada isterinya setiba di rumah.

Lalu sang isteri menyiang dan ketika dia membelah perut ikan itu, dia memjumpai mutiara dari perut ikan tersebut.

Ucap isterinya: "Kanda, dari perut ikan itu keluar gumpalan yang lebih kecil dari telur ayam Ia sebesar telur burung puyuh!"

Jawab lelaki itu: "Cuba perlihatkan padaku"

Kemudian dia saksikan adalah sesuatu yang belum pernah dilihat seumur hidupnya. Akal dan fikiran lelaki itupun menerawang jauh.

"Ku kira ini mutiara" ucapnya kemudian pada isterinya.

Sang isteri menyahut: "Apakah kanda tahu mutu sebuah mutiara?"

Jawabnya: "Tidak, tapi saya kenal orang yang tahu mutu mutiara"

Lalu dia pun berangkat menemui pedagang mutiara. Setelah temannya menjawab salam yang diucapkannya, lelaki itupun mengutarakan maksudnya, sambil memperlihatkan gumpalan telur itu.

"Bagaimana pendapatmu tentang mutu mutiara ini?" tanya orang itu kemudian.

Setelah temannya mengamati secara saksama dan berfikir cukup lama, ia menjawab:

"Saya hanya sanggup membayarnya empat puluh ribu dirhan. Kalau kamu setuju, saya bayar sekarang juga tetapi kalau kamu ingin harga yang lebih mahal lagi, temuilah si fulan. Kerana dia sanggup membayar lebih tinggi dari saya"

Kemudian lelaki itu membawa mutiara tersebut kepada orang yang dimaksudkan. Setelah si pedagang melihat dan mengakui kualiti mutiara itu, dia berkata:

"Saya hanya sanggup membayar dengan lapan puluh ribu dirham. Tapi kalau anda ingin harga yang lebih mahal lagi, silakan temui si fulan. Saya kira dia dapat membayar lebih tinggi dari saya"

Lelaki itupun berangkat menemuinya.

"Saya beli seratus dua puluh ribu dirham. Dan saya kira tidak ada orang lain yang sanggup membayar lebih mahal dari saya" kata orang yang ditujunya.

Lelaki itu menjawab: "Baiklah"

Lantas mutiara pun ditimbang dan kala itu juga lelaki itu membawa seratus dua puluh ribu dirham ke rumahnya untuk disimpan. Namun setiba dirumahnya seorang pengemis sedang berdiri di depan pintu rumahnya.

"Ayuh, mari masuk. Ada cerita yang baru saya alami" kata lelaki itu menyapa si fakir yang meminta sesuatu padanya.

Lalu si peminta itupun masuk.

"Ambillah setengah dari harta ini" kata lelaki itu kepada si pengemis. Lantas si pengemis mengambil dan ia pun segera bergerak pergi.

Tidak lama kemudian si pengemis kembali menemuinya seraya berkata:

"Saya tidak miskin, saya juga bukan orang fakir, namun Rabbmu Azza wa Jalla mengutus saya agar datang menemuimu, satu dirham sudah kau berikan kepada orang lain dan Dia (Rabbmu) telah menggantinya dengan dua puluh karat mutiara, satu karat tunai diberikan padamu dan sembilan belas karat lainnya disimpan untukmu"







Petikan dari Buku Apa ertinya dunia bagiku & 97 kisah teladan.
Pengarang: Mohd. Najib Iskandar.

pendirian yg perlu kite ade!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

“Prepare for the best, plan for the worst and expect to be surprised.”
Terkadang kita sering putus asa dan tidk yakin akan diri sendiri.
Calm down. Inget kata-kata ini, kalo kita sedang bersiap menerima keberhasilan dan berencana untuk kegagalan kita dan berusaha untuk memperbaikinya dan lebih maju lagi!!
“I cannot fail”
Dalam melakukan sesuatu kita kita harus yakin kita akan berhasil.
Kalo kita yakin 100% akan berhasil, maka kita pasti akan berhasil.
“If i never try, I’ll never know.”
Jangan takut bila kamu dihadapkan pada suatu kesempatan dan kamu bingung untuk mencobanya atau tidak.
Walau pun hasil dari mencoba ternyata mengecewakan,, nga usah sedih. at least kamu punya pengalaman baru dan pelajaran yang akan membuat kamu lebih dewasa.
“Today is not a good day to give up”
Berpikirlah positif bahwa hari ini bukanlah hari untuk menyerah
Karena menurut orang yang sudah sukses, jalan menuju ke sana memang bikin orang pengen nyerah.
“If you do not hope, you will not find what is beyond your hopes.”
Orang-orang sukses di dunia ini, awal dari kesukesaannya dimulai dari bermimpi.
Dari mimpinya mereka berusaha untuk mewujudkannya, hingga mereka berhasil mencapai mimpinya.
“Life is either a daring adventure or nothing.”
Hidup adalah petualangan yang membutuhkan keberanian, bila tidak itu bukanlah hidup.
“Every artist was first an amateur.”
Untuk menjadi yang hebat pasti dimulai dari awal.
Jadi wajar aje kalo kita memang mesti banyak belajar dan sabar untuk maju.

Sunday, July 4, 2010

Ujian tentukan teruna diperkenal

Kaedah pakar akupuntur bebaskan tiga lelaki daripada hukuman penjara

HANOI
: Seorang pakar akupuntur mendakwa boleh mengesan sama ada seorang lelaki masih lagi teruna berdasarkan bintik kecil pada telinganya, kini menjadi selebriti Vietnam kerana berjaya membantu membebaskan lelaki yang didapati bersalah atas tuduhan rogol dari penjara.

Pakar akupuntur, Pham Thi Hong, melobi untuk pembebasan lelaki terbabit, merayu kesnya sehingga kepada presiden, kerana percaya mereka masih teruna dan tidak wajar didakwa bersalah atas tuduhan merogol.
"Mereka mempunyai bintik hitam di belakang telinga," kata Hong, 54.
"Bintik itu akan hilang jika mereka melakukan hubungan seks. Semua pesalah itu tidak pernah melakukan hubungan seks berdasarkan pengalaman saya selama beberapa tahun," katanya.

Hong nampak bintik pada telinga Nguyen Dinh Kien buat kali pertama kali dia menemuinya untuk rawatan empat tahun lalu.

Dia dibawa ke hospital dari penjara untuk menjalani hukuman 16 tahun selepas didapati bersalah merogol beramai-ramai seorang wanita berusia 20 tahun pada 2000.

Selepas melihat bintik itu pada telinga Kien, Hong percaya dia tidak bersalah. Hong kemudian memeriksa dua orang lagi yang bersubahat dengannya dan melancarkan kempen pembebasan mereka.

Berikutan kempen itu, Presiden Nguyen Minh Triet kemudian mengarahkan kes terbabit disiasat semula.

Penyiasat yang mengkaji semula kes menemui beberapa kelemahan termasuk keterangan tidak bersalah tertuduh tidak dimasukkan dalam fail kes, lapor akhbar Pioneer. – AP