nuffnang

Monday, June 28, 2010

teruskan usaha mu pejuang islam

Millatfacebook cabar Facebook


Profesional IT Pakistan cipta web lawan kempen hina nabi, Islam

ISLAMABAD: Sekumpulan warga Pakistan mencipta laman web baru untuk menghubungkan 1.6 bilion Muslim selepas berang dengan laman Facebook kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad selain mewujudkan saluran baru melawan propaganda anti-Islam.

Kumpulan itu membabitkan enam profesional teknologi maklumat (IT) di pusat budaya dan hiburan Pakistan, Lahore, yang melancarkan laman web www.millatfacebook.com, awal minggu ini.

Ia dilancarkan selepas mahkamah Pakistan mengarahkan sekatan ke atas Facebook sehingga Isnin ini atas bantahan terhadap satu laman Everyone Draw Mohammed Day (Hari Lakar Muhammad) yang menghina Islam.

Millatfacebook dicipta bagi memenuhi keperluan sosial penduduk Pakistan. Laman untuk Muslim termasuk orang lain yang baik daripada agama lain turut dialu-alukan,” kata laman web itu kepada yang berminat menjadi ahli.

Kami mahu beritahu ahli Facebook bahawa mereka akan terima padah jika mengganggu kami,” kata Ketua Pegawai Operasi syarikat yang menempatkan laman itu, Usman Zaheer, 24.

Jika ada orang menghina nabi, kami akan jadi lawan mereka dan menyebabkan mereka rugi besar,” katanya yang bermimpi menjadikannya laman sosial terbesar Muslim.

Dikenali dengan singkatan MFB, seperti juga FB bagi Facebook, pengasasnya berkata, pakar IT kini berusaha memasukkan ciri-ciri lain ke dalamnya bagi mencabar pesaing dari California itu.

Setiap ahli memiliki ‘dinding’ untuk ulasan sahabat selain mengandungi kemudahan emel, foto, video, ruang sembang dan perbincangan.

Perkataan ‘Millat’ adalah bahasa Urdu yang biasa digunakan untuk merujuk kepada negara. Laman web itu sudah mempunyai 4,300 ahli selepas tiga hari dilancarkan, kebanyakannya warga Pakistan yang boleh berbahasa Inggeris dalam lingkungan usia 20-an.

Angka itu jauh lebih kecil daripada keahlian Facebook di Pakistan buat masa ini sebanyak 2.5 juta dan ulasan awal menunjukkan MFB memerlukan lebih banyak masa untuk benar-benar menyaingi FB.

Bagaimanapun, Usman gembira dengan hasil awal laman web itu yang sudah menarik penyertaan warga Britain, Bulgaria, Kanada, China, Russia, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat. – A
FP

Domain laman web porno .xxx

LONDON - Lebih 110,000 laman web lucah di seluruh dunia telah menempah domain .xxx sebagai rujukan alamat laman web pornografi selepas badan pengawal selia Internet antarabangsa (ICANN) meluluskan penggunaan tiga abjad itu kelmarin.

Di Britain sahaja, firma pendaftar alamat rasmi Internet (ICM) menjangka dapat mendaftarkan sejumlah 500,000 halaman tersebut sehingga akhir tahun ini yang bakal menjana perolehan lumayan mencecah kira-kira £20 juta (RM98 juta).

"Kami meramalkan mampu memproses lebih sejuta laman sedemikian kerana sekarang pun sudah ada jutaan halaman lucah yang berkembang pesat ekoran kemajuan dunia teknologi komunikasi maklumat," kata pengasas ICM, Stuart Lawley.

Jurucakap badan pemantau Mediawatch UK, Vivienne Pattison berkata, pengenalan .xxx dijangkamembantu ibu bapa mengawal anak daripada mudah mengakses laman tidak bermoral itu yang kian berleluasa. - Agensi


p/s:

ish3.....teruk dah ni...sepandai-pandai ibu bapa...pandai lagi anak yang nakal...pantau lah anak anda.....

Saturday, June 26, 2010

Ketam Melayu dan Ketam Cina

Tak lama dulu ada seorang melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina yang menjual ketam.

Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?
Cina: Ada…ada…lu mau ketam cina ka ketam melayu?
Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam melayu, mana ketam cina?
Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup…ketam cina…….sana dalam
bekas tak ada tutup…ketam melayu la….
Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup…ketam melayu apek tak kasi tutup?
Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar…yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.
Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka?
Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi…jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar…yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.

Pengajaran:
Begitulah cerita ketam melayu dengan ketam cina. Hakikatnya, jika orang cina berniaga….cina lain tak kacau…dia tengok aje dan belajar macam mana boleh berjaya. Cina dah berjaya tu pulak, akan ajar cina lain agar berjaya jugak.Kalau orang melayu, bila satu melayu nak berjaya, melayu lain akan guna apa saja supaya melayu tu jatuh balik. Macam ketam melayu, bila sekor
ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last sorang pun tak dapat naik . Lepas tu mulala bergaduh sesama sendiri. Itulah hakikat sebenar sekarang ini. sebab tu melayu tak maju.

huhuhu

Isteri Idaman

Sunday, October 26, 2008, 9:25
This news item was posted in Lawak Malaysia category and has 4 Comments so far.

Kriteria isteri idaman adalah:

1. Seorang isteri yang cantik, pandai bersolek, memasak dan mengurus rumah adalah hal yang penting.

2. Seorang isteri yang periang, bertenaga, dapat membuat kita tertawa dan menghibur dikala duka juga penting.

3. Seorang isteri yang memahami, soleh, jujur, taat beribadah dan dapat dipercaya sangat penting.

4. Seorang isteri yang dapat memahami dan memuaskan anda secara lahir batin dan di tempat tidur juga sangatlah penting.

5. Tapi yang paling penting adalah ke empat-empat istri tersebut di atas tidak saling mengenal satu sama lain…

Nuffnang Ads

Ulamak dan Pramugari

Wednesday, November 19, 2008, 9:50
This news item was posted in Lawak Malaysia category and has 12 Comments so far.

Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu. Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.

Pramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki. Ini tempat basuh muka bukan basuh kaki.

Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri…) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Pramugari: (dengan sifat angkuh…) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.

Ulamak: (dengan sifat bersahaja….) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari…..

Nuffnang Ads

Friday, June 25, 2010

mencari ketenangan....dengan mengayuh basikal


haha...aku x tau pe gile aku arinie...aku bosan sangat petang nie.....dah x tau nak wat pe...aku turun kat laman umah aku...tpi aku x tau nk wat pe...ngan cuace mendung...aku ternampak basikal adik aku....aku dpat satu idea....hah....apalagi....aku naik basikal tu....dalam otak aku...aku nk jenjalan...aku bosan...aku pun kayuh la basikal tu...dengan selambnyer...walaupun menjatuhkan market aku...hihihi...bab slame ni...mane pernah aku jenjalan pusing kg naik basikal...klu x lc aku...msti kancil aku yg jd mangse...sampai dpan umah aku...aku jumpe budak kecik bru blik skolah...aku pun ckap kat die 'dip...jom jenjalan'...budak tu xnak...hangin je aku..die nak blik umah tukar baju...aku da hangin...ape aku nak buat nie...mane aku nak g.....aku lalu jalan tepi parit....aku dapat satu akal...unik...sppu aku...ha...aku tepon die...die bru sampai umah...mmg cantik...aku kayuh nak g umah die.....aduh....selisih lak ngn budak kg aku naik viva...segan3....aku wat dek...aku benti...bako rokk sebatang...terus kan kayuhan aku...demi mencari ketenangan...huhu....ngah sedap2 kayuh...selisih lak ngn sorang minah ni...name die ina siam...budak kg aku mmg sume ngidamkan die...barang baik bai...aku pun buat dek jelah kayuh basikal...aduh...jatuh market....sampai simpang umh cikgu amir...aku pun belok la nak g umah sppu aku tu...ngah sedap kayuh...sekor lagi budak kecik nampak aku...diowg tegor...nak g mane tu abg amir...aduh...koyak lagi muke aku...aku jawabla...bersukan...sihat kan badan...budak tu gelakkan aku...xpe...aku rilek je...da nak sampai da nie...selisih lak dengan adik ayip...ngah naik moto...syira dan wanie...umur bru 14,15 rasenye...ha nie mmg wat aku hangin...bleh plak diowg ckap...'da beso2 naik basikal...hahhahahha'....aku gelak jela...tpi dalam hati...mau kne budak nie kang...masuk je simpang umah unik...aku nmpak kat umah azli ramai org...bibik aku ngn bini azli...n budak2 kcik lg...ape le malang nasib aku...gamai naw owg kg aku kua umah ptg nie...slalu tu klu aku lalu naik mto xde lak diowg nie...aku lalu je wat dek....diowg ngh petik manggis...tetibe aku dgo org jeritkn aku...la unik upenyer...die kat ats pokk tu...apalagi...aku suh die turun...jom teman aku jenjalan...unik g sebat basikal adik die...bru nak kayuh...rantai tercabut lak..hahaha...kesian....ngh unik betulkan rantai tu...aku nmpak segrup budak kayuh basikal...waa...ini sudah baik...boleh join...sekor2 aku perati...last skali...org yg aku x sangke....surip.....hahahha....die pun main basikal gak...umur da 28 ke 29 camtu...die ajak join...apalagi...terima jelah...bermula lah perjalanan pusing kg....aduh...penat la nak citer sume...yg aku leh ckap...bez la...walaupun penat...tpi....bukan tenag pun...mkin panas ati adela...lynkan budak kecik...xnak dgor ckap...owg suh bawak pelan2...sume berdesup...owg suh lju..ha lg la berdesup...aku pun xphm...agaknye time mak diowg mngandungkan diowg...mak diowg lyan moto gp kot...hihiiihihi....kitowg teruskan kayuhan....8bji basikal....owg kg sume tengokkan je...hine ke naik basikal...aku pun xphm la diowg nie...tpi...aku pun segan gak sbnrnye...hihiihihi...sedor x seda....da nak kul 7...apalagi...time tu go hom la....aku suh budak2 nie balik...aku pun kayuh ler basikal nak balik...aku ingt perjalan balik aku lancar...boleh plak selisih ngn abg yan...aduh.....benti la kejap nak berborak...aku ingt die nak ckap ape la...die tnye aku..'sejak bile?'...aku da pelik...sejak bile ape...aku tnye die blik...die jawab...sejak bile nak pnjgkan ko punye...ish.....hangin je aku...aku phm la mksud die tu...ala bayan...saje nak jenjaln,,,eksesais...bab bayan nie tau..aku mane nak naik basikal nye olang...hhihiihihi...kite ade standed ma....hihihihhi.....da puas die gelakkan aku...die pun bla bersama iswara yg telah diubahsuai untuk menjadi transformer...hahahhahah.....akhirnye.,..sampai gak aku kat umah...aduh...penat dol....tpi yg aku x puas ati tu....mane ketenangan yg aku cari???????

Wednesday, June 23, 2010

Jalan di situ berlopak-lopak besar, terhinjut- hinjut Toyota Corolla Altis 1.8 ini dilambung graviti. Ery duduk disebelah sudah berapa kali bangun tidur, dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi, bercampur-campur. Sekejap radio perak,sekejap kedah mengikut lambungan kereta lagaknya.

Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan yang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan hingus kering di muka berlari-lari. Seorang daripadanya tidak berseluar langsung, geli. Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam. Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan garang.

Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar. Mengeluarkan bunyi seperti kerbau. Perempuan sial, sopannya ***a didepan jantan, tersipu-sipu dan bersimpuh malu. Hipokrit ini ***a tahu bersolek dan berdandan bila mahu keluar, di rumah dia seperti perempuan baru beranak, t-shirt goboh dengan kain pelekat senteng dan rambut usai seperti orang gila, mengeluarkan bau hapak dan masam.Ada sebuah jeti buruk disitu. Beberapa nelayan baru sampai dari laut disambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan. Ery sudah separuh menggelepar diluar meliar mata mencari Shafik, tunangnya. Aku duduk sahaja di dalam kereta. Aku bencikan pantai hanyir seperti ini.

Beberapa gadis bertudung labuh lalu dengan menaiki basikal dan memberi senyuman. Aku menghempas pintu serta merta. Memang benar.Perempuan kolot seperti mereka itu, patut dijerukkan saja di tempat busuk ini.Tolol! Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. Aku sedikit marah, mengetap bibir. "Nak apa?!" Dia terketar terkejut, sedikit berundur. " Assalammualaikum nak, pakcik ambil upah cuci kereta.." Dia bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan seperti takut. Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak di bahu. Baju kemeja kusam koyak di poket, ***a dibutang dua menampakkan dadanya yang leper ditolak tulang selangka. Seluar hijau pudar senteng. Tidak berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput.

Menjijikkan! " Basuh sajalah, tapi, awas!! Kalau calar kereta aku, tahulah macamana aku nak ajar kau!!" Berkata sambil meliarkan mata pada Ery yang tengah tersengih-sengih meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu. Duduk pula bersimpuh, membelai-belai rambut. Boleh pula kaki yang asyik duduk terkangkang di rumah itu di tutup rapat.

Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih. Ah, miskin seperti ini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah. Terus saja dia menggosok satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil terbatuk-batuk, meludahkan kahak hijau. Pengotor, sial! Aku mengalihkan mata ke pantai. Peraih berdekah ketawa menepuk-nepuk belakang nelayan kurus itu. Menyerahkan beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum pahit. Menyelitkannya di celah kopiah. Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak mahu belajar pandai-pandai, masuk universiti dan kerja besar. Tidaklah hidup susah seperti itu. Bodoh!!

" Sudah nak!!" Pakcik itu datang setelah 20 minit. Aku sudah malas hendak memandangnya, dan kuhulurkan sahaja RM 5. Aku rasa itu sudah cukup lumayan untuk fakir seperti dia. Cepat-cepatlah dia pergi. Tapi, sebaliknya dia memegang lama duit itu. Tunduk dan menangis tersedu-sedu. Menambahkan kerut dan mengelap mata dengan hujung kemejanya. "Kenapa ni? Gila?!"
" Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik kelapa, mencuci tandas di restoran, kemudian mencuci kereta, belum pernah pakcik terima upah sebanyak ini. Paling banyak pun hanya seringgit." Dia bersungguh-sungguh melihat ke dalam mata aku. Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu. Rasa yang tidak pernah bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini. Dia melipat kecil wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda. Pergi dengan terhinggut menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan.

Aku memandangnya dengan pandangan kosong. Ini warna kemiskinan, aku tidak pernah lihat. Aku membesar dalam hutan batu, di kota lumpur. Keras diselaput wang kemewahan, kemudian keluar dengan segulung ijazah. Bekerja seperti orang gila untuk duit. Biarlah, kalau aku mahu bantu, ramai lagi diluar sana. Lupakan saja.. Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ. Hampir 10 minit aku melayan meluat- melihat Ery yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu dan garfu. Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami, menjinjing dua beg besar hitam berisi barang. Hairan, takkanlah dengan wang RM 5 dia boleh membeli barang sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang ada duit tapi, berlagak seperti fakir. Mungkin.. Dengan rasa ragu, aku menghampirinya. Dia memberi senyum lembut dan aku dengan rasa curiga bertanya terus.

" Eh, pakcik. Tadi saya bagi lima ringgit, takkan dapat beli barang sebanyak ini?" . Bunyinya seperti meninggi. Pakcik itu seperti terkejut. Dia diam dan tunduk seketika. Pahit menelan air liur. Meletakkan dua beg plastik di atas tanah, membukanya satu satu, perlahan-lahan dan terketar. Aku terkedu. Terkejut dan malu. Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan tadi dan membuka simpulannya. Wang aku tadi, masih terlipat kemas. " Nak, pakcik tahu. Kami ini orang susah, nak. Hidup seperti najis, dibuang dan ditolak-tolak. Kalian pekup hidung melihat kami. Ambillah ini semula. Pakcik juga punya maruah. Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi dari kamu orang kaya yang hidup berpura-pura, menipu orang. Harga diri kami masih kuat. Bila anak menyoal pakcik seperti tadi, anak telah memijak harga diri pakcik. Anak seperti menghukum pakcik sebagai orang tua sial yang berpura-pura susah. Ambillah semula, nak." Pakcik itu meletakkannya di atas tangan aku, dan aku menol ak, berkali-kali. Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali. Tidak mahu menyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki. " Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi jangan sampai ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan kita angkuh dan bongkak. Pakcik ke sana tadi, tempat nelayan memunggah ikan. Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang ke tepi. Dengan bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak pakcik, jangan sampai kelaparan, jangan mati." Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan ombak. Dia terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang lima ringgit di hujung kaki, dua plastik berisi ikan busuk yang sudah mula dihurung lalat. Aku terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai wang yang boleh membeli segala kemewahan dunia. ***a aku belum mampu membeli sesuatu yang ada dalam diri orang tua itu.

*"jika tidak dapat apa yang kita suka...belajarlah utk menyukai apa yang kita dapat.."

"mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"
Jika kamu memancing ikan....

setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu....

janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja....
kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kail mu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang...

setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya....
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja....

kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada,

jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....

cukuplah sekadar keperluanmu....

Apabila sekali ia retak....

tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....

akhirnya ia dibuang....
sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....

anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....
akhirnya kamu kecewa meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga keakhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...

yang kamu pasti baik untuk dirimu.

Mengenyangkan.

Berkhasiat.

Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..

Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan...

yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu.

Menyayangimu.
Mengasihimu.

Mengapa kamu berlengah,

cuba membandingkannya dengan yang lain.

Terlalu mengejar kesempurnaan.

Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah.





"Ya Allah, perbaikilah untuk ku agamaku, yang menjadi pemelihara bagi urusanku, dan perbaikilah bagi ku duniaku yang di dalamnya berlaku kehidupanku, dan perbaikilah untuk ku akhiratku yang kepadanya tempat kembali ku. Jadikanlah kehidupan ku merupakan tambahan bagi ku terhadap segala kebajikan dan jadikanlah kematian waktu berehat dari segala kejahatan"