nuffnang

Monday, June 28, 2010

Domain laman web porno .xxx

LONDON - Lebih 110,000 laman web lucah di seluruh dunia telah menempah domain .xxx sebagai rujukan alamat laman web pornografi selepas badan pengawal selia Internet antarabangsa (ICANN) meluluskan penggunaan tiga abjad itu kelmarin.

Di Britain sahaja, firma pendaftar alamat rasmi Internet (ICM) menjangka dapat mendaftarkan sejumlah 500,000 halaman tersebut sehingga akhir tahun ini yang bakal menjana perolehan lumayan mencecah kira-kira £20 juta (RM98 juta).

"Kami meramalkan mampu memproses lebih sejuta laman sedemikian kerana sekarang pun sudah ada jutaan halaman lucah yang berkembang pesat ekoran kemajuan dunia teknologi komunikasi maklumat," kata pengasas ICM, Stuart Lawley.

Jurucakap badan pemantau Mediawatch UK, Vivienne Pattison berkata, pengenalan .xxx dijangkamembantu ibu bapa mengawal anak daripada mudah mengakses laman tidak bermoral itu yang kian berleluasa. - Agensi


p/s:

ish3.....teruk dah ni...sepandai-pandai ibu bapa...pandai lagi anak yang nakal...pantau lah anak anda.....

No comments:

Post a Comment

ape yang korang fikir ???