nuffnang

Sunday, July 4, 2010

Ujian tentukan teruna diperkenal

Kaedah pakar akupuntur bebaskan tiga lelaki daripada hukuman penjara

HANOI
: Seorang pakar akupuntur mendakwa boleh mengesan sama ada seorang lelaki masih lagi teruna berdasarkan bintik kecil pada telinganya, kini menjadi selebriti Vietnam kerana berjaya membantu membebaskan lelaki yang didapati bersalah atas tuduhan rogol dari penjara.

Pakar akupuntur, Pham Thi Hong, melobi untuk pembebasan lelaki terbabit, merayu kesnya sehingga kepada presiden, kerana percaya mereka masih teruna dan tidak wajar didakwa bersalah atas tuduhan merogol.
"Mereka mempunyai bintik hitam di belakang telinga," kata Hong, 54.
"Bintik itu akan hilang jika mereka melakukan hubungan seks. Semua pesalah itu tidak pernah melakukan hubungan seks berdasarkan pengalaman saya selama beberapa tahun," katanya.

Hong nampak bintik pada telinga Nguyen Dinh Kien buat kali pertama kali dia menemuinya untuk rawatan empat tahun lalu.

Dia dibawa ke hospital dari penjara untuk menjalani hukuman 16 tahun selepas didapati bersalah merogol beramai-ramai seorang wanita berusia 20 tahun pada 2000.

Selepas melihat bintik itu pada telinga Kien, Hong percaya dia tidak bersalah. Hong kemudian memeriksa dua orang lagi yang bersubahat dengannya dan melancarkan kempen pembebasan mereka.

Berikutan kempen itu, Presiden Nguyen Minh Triet kemudian mengarahkan kes terbabit disiasat semula.

Penyiasat yang mengkaji semula kes menemui beberapa kelemahan termasuk keterangan tidak bersalah tertuduh tidak dimasukkan dalam fail kes, lapor akhbar Pioneer. – AP

No comments:

Post a Comment

ape yang korang fikir ???