nuffnang

Tuesday, December 21, 2010

rokok ku....rokok mu....





JAKARTA - Amalan merokok tidak memberi kesan buruk kepada tubuh manusia malah ia mungkin lebih menyihatkan badan, menurut keterangan beberapa pakar Indonesia kepada Mahkamah Perlembagaan negara itu, kelmarin.

Pakar biologi molekular Universiti Brawijaya, Sutiman Bambang Sumitro berkata, rokok boleh menjadi medium untuk memindahkan tenaga yang dapat memberi manfaat kepada fisiologi manusia.

Menurutnya, melalui pengetahuan mendalam, sebarang bahan dianggap bertoksin boleh dineutralkan dan diguna sebagai ubat.

Beliau memberi keterangan itu dalam satu semakan semula mahkamah mengenai Undang-undang Kesihatan negara itu di mana beberapa pakar dipanggil memberi keterangan mengenai kesan merokok kepada kesihatan manusia.

Semakan semula itu dilaksanakan atas permintaan seorang ahli Parlimen Indonesia yang juga pemilik ladang tembakau, Bambang Sukarno yang menegaskan undang-undang yang menamakan tembakau sebagai bahan ketagih bercanggah dengan perlembagaan.

Pensyarah bidang farmasi di universiti sama, Aris Widodo turut menyokong penggunaan tembakau dengan memberitahu mahkamah merokok dapat mengurangkan tekanan dan kesannya kepada kesihatan tidak seburuk yang disangka.

ni yang aku dapat time bukk red10.tk.....terkejut r gak bace....

No comments:

Post a Comment

ape yang korang fikir ???