nuffnang

Tuesday, September 28, 2010

pemancing yang ihklas

Di sebuah tasik yang besar ada 2 orang pemancing yang paling hebat antara ratusan pemancing yang ada. Pemancing A dan pemancing B. Ilmu memancing mereka tidak mampu ditandingi. Setiap kali memancing, pasti banyak ekor ikan yang mereka perolehi.

Disebabkan kehebatan memancing mereka, lalu sekumpulan pemancing lainingin belajar memancing daripada mereka berdua.

Pemancing A berkata, "jika saudara semua ingin belajar memancing dengan saya. Saudara semua perlu membayar saya yuran kursus memancing sebanyak RM400 seorang."

"wah! Mahalnya. Kenapa terlalu mahal? Kami juga mencari rezeki dengan memancing dan hasil yang kami perolehi tidak sehebat tuan," kata sekumpulan pemancing.

"Jika saya berikannya secara murah atau percuma, kamu pasti tidak akan menghargai ilmu saya. Juga, jika saya berikan ilmu saya kepada kamu semua, kamu pasti akan pandai memancing. Jadi bagaimana saya mahu memperolehi rezeki yang banyak lagi jika kamu semua sudah pandai memancing. Kamu akan mengganggu hasil tangkapan saya."

Sekumpulan pemancing itu berbincang sesama sendiri. Mereka mengambil keputusan tidak mahu belajar dengan pemancing A. Mereka bertemu pula dengan pemancing B.

"Salam sejahtera saudara semua. Seperti ada hajat baik datang berjumpa dengan saya." Sambut pemancing B.

"Kami berhajat untuk belajar memancing dengan tuan. Kami dapat tahu tuan pemancing yang hebat," kata sekumpulan pemancing itu.

"saya tidaklah hebat. Tuan-tuan boleh belajar memancing dengan saya."

Pemancing B sudi mengajar sekumpulan pemancing dengan cara yang betul.

"Boleh kami tahu berapa yurannya?" tanya sekumpulan pemancing.

"tiada yuran, tapi ada dua syaratnya. Pertama, saya tidak mempunyai wang untuk menyediakan umpan dan juga peralatan memancing. Jadi tuan-tuan perlu sediakan atau boleh berikan saya sedikit wang untuk saya cari umpan yang terbaik. Kedua. Jika tuan-tuan pergi memancing, Jangan lupa menjemput saya. Tidaklah saya bosan memancing sorang-sorang." Kata pemancing B.

"Baiklah, kami setuju." Sahut sekumpulan pemancing dengan gembira.

Mereka belajar memancing dari sehari ke sehari sehingga mahir. Kini, setiap kali memancing, pasti sekumpulan pemancing tadi mendapat banyak ikan.

Apabila mendapat ikan yang banyak, mereka akan berikan kepada pemancing B beberapa ekor ikan hasil tangkapan mereka sebagai hadiah tanda penghargaan ilmu yang telah diberikan kepada mereka.

Apabila pemancing lain mengetahu hal ini, lebih ramai lagi yang ingin belajar daripada pemancing B. Apabila mereka mahir, mereka menghadiahkan dengan pelbagai bentuk hadiah tanda penghargaan. Hadiah dan penghargan mereka tidak pernah putus apabila mereka mendapat tangkapan ikan yang banyak.

Ada yang beri dalam bentuk wang dan ada juga memberikan ikan hasil tangkapan mereka kepada pemancing B. Pemancing B juga mendapat ramai kawan. Kehidupan pemancing B semakin tenang dan bahagia.

+

Pemancing B ikhlas membantu tanpa mengharapkan malah tidak pernah terfikir tentang balasan yang diterimanya. Tetapi Allah SWT memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.

Yakinlah pada Allah SWT bahawa rezeki pasti ada untuk mereka yang sentiasa ingat Allah SWT. Menjadi masalah utama apabila kita terlalu bimbang dengan rezeki yang ada sedangkan urusan rezeki adalah urusan Allah SWT.

Kita memerlukan rezeki, memerlukan wang dan sebagainya tetapi keyakinan di dalam memperolehinya sentiasa rendah. Kita tidak yakin dengan melakukan kerja dengan ikhlas

Yakinlah rezeki pasti datang dari arah yang tidak disangka-sangka setelah kita melakukan sesuatu dengan ikhlas. Yang lebih menggembirakan dengan keikhlasan, kita akan lebih tenang dan gembira kerana pasti ramai yang sudi berkawan dan menuntut ilmu dengan kita.

Bagaimana untuk ikhlas..? Komunikasikah dengan Allah memohon ikhlaskan jiwa kita..

"Ya Allah.. aku rasa tak ilhlas nak buat kerja ni Ya Allah. Tapi Ya Allah, Engkau meminta untuk aku ikhlas Ya Allah, Engkau ikhlaskanlah jiwa aku ini Ya Allah. Bantulah aku Ya Allah. Janganlah aku ini fikir duit saja Ya Allah di dalam melakukan pekerjaan Ya Allah. Aku yakin Engkau akan beri rezeki pada aku Ya Allah. Ikhlaskanlah aku… Terima kasih Ya Allah.. terima kasih Ya Allah.. Aminn.. ya rabbal alaminn…"

Semoga cerita tersebut dikenang sentiasa… Dengan izin Allah

No comments:

Post a Comment

ape yang korang fikir ???