nuffnang

Monday, January 17, 2011

TONSIL???----jangan kau fikir sakit tekak biasa...

da seminggu kot sakit tekak aku x bebaik lg...sebelum ni...aku demam...tp da ok...selsema...n then ok...batuk...pun da baik...masalh aku ade satu je lg...sakit tekak...tekak...oo....tekak...bile la ko nak baik...aku tengok tv td...n ade iklan yang pasal tonsil...n aku rase cam ade je gejal2 die kat aku...so aku pun try la search pasal mende ni...n ni yang aku nak kogsi kan kat sini....same je dlm artikel ni kanak2 ngan owg dewase....

enjoy reading k...bab menatang ni panjang skit...agak2 bosan...sap kok sbatang luuuu !!!!

Tonsilitis....

Apa itu tonsil ?
Tonsil adalah kelenjar yang berkerja seperti askar untuk memerangi infeksi di tubuh, Ia terletak di tepi sebelah belakang tekak.

Apa itu radangan tonsil ?
Infeksi pada kelenjar tonsil pada kebiasaan disebabkan dari kuman viral dan hanya 15% di sebabkan oleh bakteria.

Bagaimana seseorang di diagnosakan mendapat radangan tonsil ?
Kanak kanak yang mengalami radang tonsil selalunya tidak sihat
Dia akan mengalami :-

Demam
Susah untuk menelan kerana sakit tekak
Nafas berbau busuk.
Bunyi suara yang ganjil
Kebengkakan pada kelenjar tekak
Kelenjar tekak akan kelihatan

Besar, merah dan kebiasaan terdapat tompok - tompok putih di atasnya.
Jangkitan lebih kepada sebab virus kalau kanak kanak itu mendapat batuk dan selsema


Acute tonsillitis

Bagaimana rawatan radang tonsil ?
Perawatan yang dapat membantu adalah

Paracetamol untuk mengurangkan demam dan sakit
Makan makanan yang sejuk, lembut dan minuman sejuk
Banyakkan minum
Elakkan makanan yang keras,rangup,berempah dan panas
Rehat
Antibiotik jika jangkitan berpunca dari bakteria

Bila kelenjar tonsil patut dibuang ?
Pembuangan kelanjar tonsil (tonsillectomy):

Apabila jangkitan berulang - ulang.
Kelanjar tonsil yang besar menggangu pernafasan dan gaya tidur yang biasa untuk anak anda.
Doktor akan membuat penilaian secara individu bagi menentukan tindakan yang di ambil.

Bolehkah jangkitan pada kelenjar tonsil dielakkan?

Radang tonsil yang disebabkan sakit kerongkong (diphtheria) boleh dielakkan dengan pengambilan immunisasi.
Kalau tidak dibuang pencegahan tidak dapat dilakukan.
Pemberian immunisasi dapat mencegah radang tonsil yang disebabkan diphtheria, namun begitu ianya sukar dicegah. Elakkan daripada bergaul dengan kanak kanak yang ada selsema dan batuk.

Bolehkah radang tonsil mengakibatkan gejala yang teruk selain dari sakit tekak ?

Komplikasi yang teruk telah di kenal pasti. Ini termasuk:
Termasuk :

Deman rheumatik (jangkitan diselaput jantung) disebabkan bakteria sreptokokus dan tidak mengambil antibiotik dengan secukupnya.
Radang buah pinggang (acute glomerulonephritis) juga kerana jangkitan streptococcus.
Pangkal kelenjar tonsil yang bernanah perlu rawatan kecemasan.
Radang tonsil yang berulang boleh menjelaskan kesihatan kanak-kanak dan kualiti hidupnya.

No comments:

Post a Comment

ape yang korang fikir ???